Saturday, 14 April 2012

Jom Makan - Spaghetti Goreng

Hehehehe..pagi tadi dah makan nasi lemak..so petang ni giliran dedi lak masak...ermmmm...masak spaghetti jela..petang-petang layan western sedak jugak...

So hari ni dedi nak kongsi sikit cara-cara untuk buat Spaghetti Goreng ye...Ni masakan simple-simple je..nasib baik mummy komen kate sedap..hehehe..ok so let start..

Bahan-bahan:

Bahan A ( Bawang Merah, Bawang Putih & Udang Salai Sabah)
1 Sudu Besar Cili Kisar
2 Batang Sosej (dipotong)
3 Sudu Besar Pure Olive Oil
1 Sudu Besar Sos Tomato
1 Sudu Kecil Kicap Manis (sebagai perasa)
2 Biji Telur (dipukul sedikit)
Sedikit Sos Perasa (Maggi)
Sedikit Garam & Gula
Spaghetti ( Panaskan dalam air mendidih selama 2 minit)

Cara Penyediaanya :

1. Tumbuk Bahan A (sedang-sedang aja lumatnya)
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan Bahan A. Biarkan sehingga kekuningan.
4. Masukkan Cili Kisar, kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan Sosej dan biarkan selama 2 minit.
6. Masukkan Telur dan kacau biar sebati.
7. Masukkan Sos Tomato, Kicap Manis, Garam dan Sedikit Sos Perasa.
8. Tambahkan sedikit air mengikut selera masing-masing.
9. Akhir sekali masukkan Spaghetti dan gaul sampai rata dan biarkan selama 3 minit.
10. Hiaskan dan sedia untuk dihidangkan.

Haaa..senang je kan..ooppsss sebelum terlupa bagi yang tak tau camne nak lembutkan spaghetti tu..Ok camni caranya...

Cuma panaskan air sampai mendidih, masukkan sedikit garam dan minyak masak(untuk mengelakkan spaghetti melekat) dan masukkan spaghetti dan biarkan selama 2 minit sahaja...kalau lama sangat nanti tak sedap pula ye..

Di bawah ada sedikit gambar yang sempat Dedi ambil semasa proses penyediaannya..hehehe


Sudah siap pun..nampak menyelerakan..betul tak..selamat mencuba semua...

~~Mulakan dengan Bismillah~~Disudahi dengan Alhamdulillah~~Amin

No comments:

Post a Comment