Wednesday, 3 June 2015

~ RESEPI - SINGGANG AYAM ~

Assalamualaikum semua..selamat hari batik semalaysia...

Hari ini jom kita belajar masakan kelantan ye, iaitu Singgang...Selalu kita dengar dan makan singgang ikan je kan..ade yang buat pakai ikan selar,ikan tongkol n ikan sardin...

Hari ni Dedi nak buat Singgang Ayam..mesti ramai xtau yang ayam pon boleh dibuat singgang..

Ok, tanpa tunggu lama meh tengok cara-caranya ye..

Bahan-bahan;
Ayam
Lengkuas
Bawang putih
Bawang merah
Nissan (gula melaka @ gula kabung)
Asam Gelugor


Cara-caranya;
1. Bersihkan ayam..
2. Potong kecik bawang putih, merah dan juga lengkuas.
3. Masukkan ayam, bawang putih, bawang merah dan lengkuas ke dalam periuk.
4. Masukkan air (sedikit je) dan masak menggunakan api yamg sederhana.
5. Setelah mendidih, tambahkan sedikit air dengan api kecil.
6. Biarkan ia mendidih dan masukkan Asam Gelugor(1 sahaja) dan nissan. Sekiranya ingin lebih masam leh masukkan asam lebih ye.
7. Setelah mendidih lebih kurang 15 minit. Matikan api dan biarkan ia seketika. Kemudia setelah suam2 , masukkan garam secukup rasa dab kacau agar sebati .
8. Ok dah siap.. Amat sedap jika makan bersama sambal jantan..
Ini la rupanya setelah siap..Dedi masak menggunakan pressure cooker sebab nak bagi ia lembut...

Ok selamat mencuba semua..nantikan entry yang lain ye.. Babai...

No comments:

Post a Comment